Saturday, April 16, 2011

Erti Sebuah Kebahagiaan


Erti sebuah kebahagiaan kalau ditanya kepada semua orang pasti jawapan yang diterima berbeza-beza kerana pada aku sebuah kebahagian itu boleh ditafsirkan dengan pelbagai cara tetapi semuanya aku pasti mempunyai maksud yang sama iaitu “kebahagiaan ialah satu tahap dimana kita dapat mencapai apa yang kita idamkan di dalam hidup”.
Ada orang yang bahagia apabila mendapat kereta yang mereka idamkan selama ini, maka kereta itulah yang menjadi buah hati dia, setiap hari keretanya dijaga dengan rapi, ada kotor sikit pasti di lapnya. Bawa kereta tu pun dengan penuh hati-hati, kalau silap orang lain sedikit pasti membebel dalam kereta sendiri, marah kat orang tu pun yang jadi mangsa mendengarnya orang kat sebelah pemandu. Itulah kebahagiaan orang yang mendapat kereta yang mereka idamkan.
Ada orang bahagia bila orang yang dia minati akhirnya menjadi milik dia. Selepas menjadi kekasih hati dia dan mula merasa bahagia apabila berada di sisi si dia yang disayangi. Bila dah rasa bahagia, hidupnya penuh dengan perkara-perkara yang indah, hari-hari yang dilalui indah belaka. Tapi dalam kebahagiaan itu mereka lupa tentang batas yang perlu dijaga, berjalan berpimpin tangan walaupun bukan muhrim. Alasannya kerana mereka sudah berkasih dan jangan kacau kebahagiaan kami. Bila ditegur kata kita mengacau dan busy body.
Ada orang bahagia apabila mendapatkan kerja yang mereka idamkan. Apabila mula bertugas semangat dan kerja dengan penuh dedikasi, setiap hari yang dilalui membahagiakan hidupnya sampai lupa untuk bersyukur kehadrat Illahi tentang rezeki yang telah diberikan. Walaubagaimanapun kebahagian itu bagus kalau kita meletakkannya di tempat yang baik.
Ada orang yang bahagia apabila tercapai hasrat untuk berkahwin dengan kekasih hati yang sudah lama bercinta, disinilah mereka merasakan kasih sayang mereka sudah terbukti apabila terikat sebuah perkahwinan. Majlis yang dibuat penuh dengan gilang gemilang, semuanya hendak dibuat semasa majlis tersebut. Alasannya ialah sekali seumur hidup, biarlah ia menikmati detik kebahagian tersebut. Dalam kebahagian yang dinikmati kita sepatutnya bersyukur kerana Tuhan telah menyatukan dua hati dan jodoh tersebut.
Ada orang bahagia apabila menimang cahaya mata yang telah lama mereka menunggunya. Itu juga kebahagian yang terindah buat mereka. Cahaya mata tersebut ditatang dengan penuh kasih sayang, hanya yang terbaik untuk insan yang tersayang tersebut. Hari mereka penuh dengan kebahagian apabila bersama cahaya mata tersebut. Itu juga kebahagiaan.
Jadi kebahagian itu bermacam situasi tetapi satu maksud yang sama dan semua orang inginkan kebahagian. Tidak kira anda tukang kebun, guru, blogger, dan siapapun anda pasti semuanya inginkan kebahagian, tak mungkin ada manusia yang inginkan penderitaan.
Anda pula bagaimana? ceritakan apakah kebahagiaan yang anda capai ataupun sebuah kebahagiaan yang anda impikan pada aku. Mungkin kita boleh sama-sama renungkan

Realiti Cinta

Cinta memang indah. Pada permulaan semuanya berjalan lancar. Anda begitu yakin bahawa tiada apa yang berlaku. Kusangkakan panas hingga ke petang tetapi hujan di tengahari. Anda dan pasangan mula bergaduh. Sedikit perselisihan faham dipendam begitu sahaja tanpa dikongsi kerana bimbang ianya akan merosakkan bunga cinta yang sedang berkembang. Akhirnya ia membesar dan tidak dapat dibendung lagi. Konflik pun berlaku. Anda mengatakan bahawa si dia telah berubah dan tidak lagi menyayangi anda. Si dia pula menyalahkan anda kerana tidak memahaminya. Akhirnya tercetuslah apa yang tidak diingini iaitu perpisahan atau penceraian.

Salah satu faktor konflik ini berlaku adalah kerana kegagagalan kita untuk memahami "bahasa cinta" pasangan kita sendiri. Kita tidak tahu perkara sebenar yang diinginkan oleh pasangan. Cuba banyangkan sebentar, mungkin konflik ini berlaku disebabkan pasangan anda seorang yang mempunyai kod Introvert. Introvert bermaksud, seorang seorang yang kurang menggemari aktiviti sosial. Pasangan anda lebih suka untuk menghabiskan kebanyakkan masanya dengan bersendirian. Bagi Introvert, berada di tempat yang mempunyai ramai orang agak merimaskannya.
Suatu hari pasangan anda yang pendiam ini pun balik dengan keadaan murung. Anda pun melihatnya. Anda ingin membantu, “Ada apa- apa tidak kena ke sayang?” Tetapi malangnya, anda tidak menerima sebarang respon. Si dia hanya menjawab tiada apa-apa yang berlaku. Lalu anda merasakan bahawa pasangan tidak ingin berkongsi dengan anda. Perasaan terkilan ini disimpan. Lama-kelamaan ianya membesar dan mencetuskan konflik.
Tetapi sebenarnya tahukah anda bahawa pasangan bukan tidak mahu berkongsi? Si dia mempunyai gaya perilaku sebagai seorang Introvert. Si dia memerlukan ruang untuk dirinya berfikir tentang masalah yang berlaku. Sebagai seseorang yang memahami personaliti pasangan, anda akan tahu bahawa jika pasangan anda tidak ingin berkongsi bukan bermakna tiada lagi cinta antara anda berdua. Anda akan faham bahawa sebenarnya pasangan anda hanya mahu sedikit ruang untuk memikirkan masalah tersebut. Jadi, tiadalah perasaan terkilan.

Apakah Eti Cinta?


Cinta itu kalau ditafsir melalui kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd (negara, orang tua, kebebasan, dll)Aku pula menganggap cinta itu satu bentuk ayat penyata yang terlalu subjektif untuk digarap.
Cinta boleh dizahirkan melalui perbuatan seperti kasihnya anak terhadap ibu bapanya dengan membelikan hadiah, sentiasa mengunjungi ibu bapa yang tinggal berjauhan dan pelbagai bentuk perbuatan yang menunjukkan si anak tadi mempunyai sifat cinta pada ibu bapa mereka.
Cinta juga ditafsirkan melalui ucapan seperti abang cintakan sayang, i love u dan pelbagai ucapan yang diluahkan kepada pasangan masing-masing demi menunjukkan bertapa kita saling menyintai pasangan masing-masing.
Tidak hairanlah pelbagai ungkapan dan pepatah orang dulu yang dijadikan perumpamaan untuk menunjukkan rasa cinta pada pasangan masing-masing. “Lautan api sanggup ke redahi, demi membuktikan cintaku padamu”.
Itu saat cinta yang sudah mula berputik dan berbunga-bunga, tetapi dalam melalui musim percintaan ada juga saat di mana lidah juga tergigit.
Dalam apa jua hubungan pasti ada saat dimana kita bermasam muka, mula menambah curiga dalam diri dan seolah-olah kita tidak mengenali pasangan kita yang sudah 5 tahun kenal, disitu timbul konflik diri dimana kepercayaan terhadap pasangan mula diragui dan terasa seoalah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan pasangan kita.
Ini yang dinamakan krisis diri dimana kita mula merasakan ada perbezaan diantara pasangan kita, cinta yang dulu luhur dan suci kini semakin hambar dek kerana wujud ruang perasaan yang berbeza-beza. Setiap manusia mempunyai keunikan dalam diri masing-masing dan apabila pertembungan antara dua insan yang mempunyai keunikan tersendiri maka disitulah berlakunya konflik dimana masing-masing cuba mempertahankan apa yang mereka ada tanpa berusaha untuk mencari kesamaan yang wujud untuk sesebuah hubungan.
Terlalu kompleks untuk mengulas mengenai cinta, pemahaman terhadap personaliti cinta itu perlu mendalam dan jelas agar sebelum kita mengenali pasangan kita adalah lebih baik untuk kita mengenali diri kita terlebih dahulu. Apabila kita memahami diri kita dan ambil masa untuk kita memahami karekter dan perangai pasangan kita.
Walaubagaimanapun untuk mengetahui rahsia cinta bukanlah perkara mudah dan bukan hanya cinta mee segera, cinta monyet dan sebagainya. Cinta yang lahir dari lubuk hati yang luhur itu bukanlah sesuatu yang hanya berlaku dalam sekelip mata.

Friday, April 15, 2011

Tanggungjawab Lelaki Kepada Kaum Hawa


Seseorang ayah akan ditarik oleh anak perempuannya ke neraka di akhirat kelak kerana membiarkan anak perempuannya tidak menutup aurat, mengabaikan hal keagamaan seperti solat, dan bergelumang dengan maksiat.
Suami
Seseorang suami akan ditarik oleh isterinya ke neraka di akhirat kelak kerana tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Walaupun suami itu seorang yang alim dan patuh pada ajaran agama, jika membiarkan isteri bergaul bebas, membiarkan isteri tidak menutup aurat dan tak menekankan agama dalam rumah tangga, seseorang yang alim pun turut ditarik ke neraka oleh isterinya.
Abang
Seseorang abang akan menggantikan ayahnya jika ayahnya tiada. Tanggungjawabnya adalah untuk menjaga adik perempuannya. Jika mereka membiarkan adik mereka bergelumang dengan maksiat, melakukan perkara larangan Allah sewaktu ketiadaan ayah, maka abanglah yang akan ditarik oleh adik perempuan mereka ke neraka kelak.
Anak Lelaki
Seseorang anak lelaki haruslah menjaga tingkah laku ibunya. Mereka berhak bersuara jika ibunya melakukan perkara mungkar. Jika mereka tidak menasihati ibu mereka yang melakukan perkara-perkara dilarang Allah, mereka juga akan ditarik oleh ibu mereka di akhirat kelak ke dalam neraka.
Begitu hebat penangan wanita ni kan.. Tarikan mereka bukan sahaja di dunia malah sehingga di akhirat. Oleh itu, lelaki-lelaki haruslah melaksanakan tanggungjawab mereka. Jangan sesekali abaikannya

Terima Kasih Sayang

terima kasih sayang.....
kerna memberi aku kegembiraan......
kerna menjadikan aku terasa berada diawangan.....
meniti hari-hari yang terlalu panjang....
hingga luka ku terpendam.....
hingga sakitku berkurang.....
saat jari jemari ini kau sentuh....
terasa bahgianya aku......
disayangi dan dihargai.....
aku insan yang ketandusan kasih sayang.....
disirami pula dengan semerbak haruman kasihmu....
menjadikan aku terlalu sayang....
terima kasih sayang....
menerima aku seadanya.....
biarpun kita tahu hakikat realitinya....
kau masih sudi menumpangkan aku kasihmu....
aku terlalu menghargainya.....
ia terlalu bermakna untukku.....
biarpun hanya seketika.....
cukuplah sekadar bekal untuk ku meneruskan impian.....
saat pipi ini kau kucup....
terasa bagai airmata berlinang.....
namun ku tahan ia agar tidak tumpah ke pipi....
benarkah kasihmu itu untukku....
hanya termampu ku luahkan....
aku sayang padamu.....
terima kasih sayangggg.....

Thursday, April 7, 2011

.::Umpama::.

HATI ITU UMPAMA KACA..JANGAN BIAR IA RETAK..AKAL ITU UMPAMA AIR..JANGAN BIAR IA KERING..IMAN ITU UMPAMA DEBU..JANGAN BIAR IA HILANG..PERSAHABATAN ITU UMPAMA TALI..JANGAN BIAR IA PUTUS

.::Tak Semestinya::.

USAH MENUNGGU DATANGNYA BAHAGIA UNTUK TERSENYUM..TAPI SENYUMLAH AGAR AWAK RASA BAHAGIA..SENYUM TAK SEMESTINYA KERANA BAHAGIA..MENANGIS TAK SEMESTINYA KERANA SENGSARA

.::Erti Cinta::.

cINTA...AMAT MAHAL TAKRIFNYA...ITULAH YANG DIFAHAMKAN OLEH ALLAH S.W.T KEPADA HAMBANYA...
CINTA TERTULIS PADA PERKATAAN TETAPI GAGAL DILIHAT PADA ZAHIRNYA KERANA CINTA ADALAH
TANGGUNGJAWABDIMANA WUJUDNYA KESETIAANDAN KEJUJURAN DI DALAMNYA...
INGAT PADA YANG SATU....JUJUR PADA YANG MERINDUI...DAN RINDULAH PADA YANG MENYAYANGIMU...
CINTA TAKKAN DAPAT KALAU TIADA SIAPA YANG MEMBERI...TAPI KALAU MENCARI CINTA BIARLAH 
PADA YANG SUDI BUKAN SIMPATI...KALAU MEMBERI BIARLAH PADA YANG BAIK HATI BUKAN PADA 
INSAN YANG TIDAK BERBUDI...ITULAH CINTA