Friday, April 15, 2011

Tanggungjawab Lelaki Kepada Kaum Hawa


Seseorang ayah akan ditarik oleh anak perempuannya ke neraka di akhirat kelak kerana membiarkan anak perempuannya tidak menutup aurat, mengabaikan hal keagamaan seperti solat, dan bergelumang dengan maksiat.
Suami
Seseorang suami akan ditarik oleh isterinya ke neraka di akhirat kelak kerana tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Walaupun suami itu seorang yang alim dan patuh pada ajaran agama, jika membiarkan isteri bergaul bebas, membiarkan isteri tidak menutup aurat dan tak menekankan agama dalam rumah tangga, seseorang yang alim pun turut ditarik ke neraka oleh isterinya.
Abang
Seseorang abang akan menggantikan ayahnya jika ayahnya tiada. Tanggungjawabnya adalah untuk menjaga adik perempuannya. Jika mereka membiarkan adik mereka bergelumang dengan maksiat, melakukan perkara larangan Allah sewaktu ketiadaan ayah, maka abanglah yang akan ditarik oleh adik perempuan mereka ke neraka kelak.
Anak Lelaki
Seseorang anak lelaki haruslah menjaga tingkah laku ibunya. Mereka berhak bersuara jika ibunya melakukan perkara mungkar. Jika mereka tidak menasihati ibu mereka yang melakukan perkara-perkara dilarang Allah, mereka juga akan ditarik oleh ibu mereka di akhirat kelak ke dalam neraka.
Begitu hebat penangan wanita ni kan.. Tarikan mereka bukan sahaja di dunia malah sehingga di akhirat. Oleh itu, lelaki-lelaki haruslah melaksanakan tanggungjawab mereka. Jangan sesekali abaikannya

No comments:

Post a Comment